SMK RASAU KERTEH B5

Laman Web Rasmi 2010

Amanat Pengetua

Assalamualaikum WBT dan salam 1 SEMARAK..

Guru-guru yang dihormati sekalian,

Syukur kehadrat ilahi kerana melimpah kurnia dan izinNya,kita semua diberi kekuatan fizikal,mental dan rohani untuk menyumbang idea serta semangat yang tinggi demi mendidik anak bangsa kita bagi mencapai kecemerlangan dalam akademik,ko akademik dan akhlak yang mulia untuk tahun 2012.

Marilah kita semua sama-sama bekerja kuat dan ikhlas untuk merealisasikan visi sekolah SMK Rasau Kerteh B5 untuk menjadi sekolah “Top 5″ Sekolah-sekolah Felda Negeri Terengganu Menjelang 2015 seterusnya melahirkan modal insan yang cemerlang dan terbilang serta berketerampilan yang mampu menjana aspirasi Negara untuk mencapai WAWASAN 2020.

Akhir sekali,saya menyeru dan berpesan kepada para pendidik semoga semua sederap dan sehasrat untuk melestarikan Pendidikan Terbilang dan melonjak Prestasi Pendidik sesuai dengan hasrat kerajaan Negeri menjadikan Terengganu sebagai Anjung Ilmu.

Mat Ghani Bin Hussin.

No comments

The comments are closed.

Motor Racing League plugin by Ian Haycox